Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mazlan Bujang, 22 ahli Bersatu Tebrau, letak jawatan serta-merta

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa Mazlan Bujang pada Khamis (27 Jan) mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Bersatu Bahagian Tebrau dan keluar parti, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor itu berkata turut sama meletakkan jawatan ialah 22 Ahli Jawatankuasa Bersatu Tebrau.

Menurut Mazlan, beliau kini tidak menjadi ahli mana-mana parti tetapi menyokong Barisan Nasional (BN).

"Saya juga mengambil pendirian menyokong kepimpinan Menteri Besar Johor Hasni Mohamad untuk memimpin semula negeri Johor dan mewujudkan kestabilan politik demi masa depan negeri Johor yang lebih baik untuk kebaikan rakyat Johor.

"Keputusan ini saya buat berdasarkan keperluan untuk mewujudkan semula kerajaan negeri yang stabil, kepimpinan yang diyakini dan juga berdasarkan kegagalan dua kepimpinan menteri besar sebelum ini mentadbir negeri Johor dengan baik," katanya semasa sidang media di Johor Bahru hari ini. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan