Mayat wanita Thailand ditemui berlumuran darah dalam tandas di kompleks beli-belah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
JOHOR BAHRU: Mayat seorang wanita warga Thailand ditemui berlumuran darah dalam tandas sebuah pusat beli-belah di bandar raya Johor Bahru pada Ahad (19 Jan), lapor BH Online.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu jam 2.28 petang.
"Hasil siasatan polis setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah berkaitan dengan penemuan mayat terbabit.
"Identiti mangsa juga masih dalam siasatan dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini, seperti dinukil BH Online.
Encik Balveer Singh turut berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kes berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.

Sumber : Agensi berita/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.