Mayat wanita ditemui dengan kesan tikaman pada leher
Mayat seorang wanita dijumpai dengan kesan tikaman pada leher sebelah kiri di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas, Klang hari ini (23 Dis).

(Gambar: Bernama)
SHAH ALAM: Mayat seorang wanita dijumpai dengan kesan tikaman pada leher sebelah kiri di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas, Klang hari ini (23 Dis).
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat wanita warga Indonesia itu daripada seorang wanita tempatan kira-kira pukul 2.05 petang.
Beliau berkata mayat ditemui dalam keadaan hanya memakai kemeja-T dan wanita itu dipercayai berumur dalam lingkungan awal 20-an tahun.
“Mayat ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik di tingkat satu rumah kedai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
ACP Shamsul Amar berkata mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat dan polis sedang giat berusaha mengesan suspek.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.