Mayat rentung dalam kereta: 4 suspek ditahan
Polis Perak menahan empat suspek termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan rentung dipercayai dibunuh dalam kereta yang terbakar di ladang kelapa sawit di Jalan Kampung Banjar dekat Teluk Intan, semalam (15 Nov).
Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
IPOH: Polis Perak menahan empat suspek termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan rentung dipercayai dibunuh dalam kereta yang terbakar di ladang kelapa sawit di Jalan Kampung Banjar dekat Teluk Intan, semalam (15 Nov).
Timbalan Ketua Polis Perak Razarudin Husain berkata keempat-empat suspek berusia antara 24 hingga 37 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di daerah Hilir Perak dalam operasi yang dijalankan bermula jam 2.00 petang hingga jam 8.00 malam tadi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku dipercayai berpunca masalah peribadi membabitkan teman wanita.
"Siasatan masih diteruskan dan kes itu disiasat mengikut Kanun Keseksaan. Kesemua suspek direman tujuh hari mulai hari ini hingga 22 Nov,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Perak hari ini (16 Nov).
Semalam (15 Nov), Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Yahya Abd Rahman berkata mayat berkenaan ditemui berada di tempat duduk penumpang hadapan di sebelah kiri dalam keadaan hangus terbakar keseluruhan dan identiti serta jantina mangsa masih belum dikenal pasti termasuk jenis kenderaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.