Skip to main content

Dunia

Mayat Nora Anne sudah dituntut keluarga

Mayat remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15, dituntut oleh keluarganya untuk dibawa pulang.

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat Nora Anne sudah dituntut keluarga

Mayat Nora Anne dibawa keluar daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 Aug 2019 07:51AM Dikemas Kini : 17 Aug 2019 07:53AM

SEREMBAN: Mayat remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15, dituntut oleh keluarganya untuk dibawa pulang.

Mayat Nora Anne dibawa keluar pada pukul 12.42 malam (17 Ogos) daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar Seremban selepas semua urusan dokumentasi diselesaikan.

Ibu bapa remaja itu, Sebastien Marie Philipe dan Meabh Jaseprine Quoirin bagaimanapun tidak kelihatan di perkarangan jabatan berkenaan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop.

"Saya dimaklumkan pegawai hospital bahawa mayat baru sahaja dituntut. Difahamkan mayat dibawa le KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur)," katanya.

Van yang membawa mayat remaja itu tiba di perkarangan jabatan itu pada pukul 12.38 malam diiringi beberapa anggota polis. 

Nora Anne bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di resort penginapan itu pada 3 Ogos, sehari sebelum remaja itu dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya. Mayat beliau ditemui pada Selesa lepas, iaitu selepas hilang selama 10 hari.

Laporan bedah siasat kelmarin mendapati kematian Nora Anne, yang mengalami masalah pembelajaran, tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja perempuan itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita