Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat lelaki M'sia yang bekerja di S'pura, ditemui berlumuran darah di Taman Bandar Baru

Mayat seorang lelaki berusia 41 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina berwarna putih, berhampiran tapak pasar malam Taman Bandar Baru awal pagi Sabtu (29 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat lelaki M'sia yang bekerja di S'pura, ditemui berlumuran darah di Taman Bandar Baru

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 29 Dec 2018 11:41PM Dikemas Kini : 29 Dec 2018 11:44PM

SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki berusia 41 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina berwarna putih, berhampiran tapak pasar malam Taman Bandar Baru awal pagi Sabtu (29 Dis).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Sazalee Adam berkata kejadian itu disedari seorang lelaki yang bertugas sebagai peronda di kawasan terbabit sebelum menghubungi Balai Polis Bedong pada jam 4.15 pagi tadi.

"Mangsa yang dikenali sebagai Encik A Muniandi, ditemui dalam keadaan terbaring di bahagian tempat duduk pemandu...siasatan mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada bahagian badan dan leher mangsa.

"Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Kanun Keseksaan.. mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini (29 Dis).

Sementara itu, Supt Sazalee berkata mangsa yang bekerja di Singapura sejak 10 tahun lalu, dipercayai baru sahaja pulang ke Sungai Petani beberapa hari lepas.

"Polis masih menyiasat motif kejadian memandangkan tiada barang berharga milik mangsa yang hilang," katanya.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan