Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat lelaki ditemui dalam patung dinosaur di Sepanyol

Seorang lelaki berusia 40 meninggal dunia setelah terperangkap di dalam patung gergasi dinosaur di pinggir bandar Barcelona, menurut polis Sepanyol pada Selasa (24 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat lelaki ditemui dalam patung dinosaur di Sepanyol

Seorang lelaki mengambil gambar arca gergasi sebuah dinosaur pada 25 Mei 2021 di Santa Coloma de Gramenet berdekatan Barcelona. (Gambar: LLUIS GENE/AFP)

Diterbitkan : 26 May 2021 02:30PM Dikemas Kini : 26 May 2021 02:31PM

MADRID: Seorang lelaki berusia 40 meninggal dunia setelah terperangkap di dalam patung gergasi dinosaur di pinggir bandar Barcelona, menurut polis Sepanyol pada Selasa (24 Mei).

Tidak jelas mengapa lelaki itu masuk ke dalam patung hiasan stegosaurus yang terletak di luar sebuah pawagam yang tidak lagi digunakan di Santa Coloma de Gramenet. Namun, seorang jurucakap pasukan polis daerah, Mossos d'Esquadra berkata pihaknya tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.

"Semuanya menunjukan ia adalah kematian yang tidak disengajakan," beliau memberitahu AFP.

Polis dipanggil ke tempat kejadian pada Sabtu.

Media Sepantol melaporkan seorang bapa dan anak lelakinya yang bermain di kawasan itu terhidu bau aneh dari patung 'papier-mache' tersebut dan memaklumkan pihak berkuasa.

Para anggota bomba mengeluarkan mayat lelaki itu yang terperangkap di dalam salah satu kaki patung dinosaur berkenaan.

Menurut media tempatan, polis mengesyaki lelaki itu - yang dilaporkan hilang oleh keluarganya masuk ke dalam patung tersebut untuk tidur atau cuba mengambil balik sesuatu seperti telefon bimbitnya dan kemudian terperangkap.

Sebelum ini, patung dinosaur itu kadang-kala digunakan oleh gelandangan sebagai tempat tidur.

Ada sekeping papak yang boleh dialihkan di bahagian perut patung dinosaur itu, yang dipercayai digunakan oleh lelaki berkenaan untuk memanjat ke dalam. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan