Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat kanak-kanak Vietnam dibawa keluar dari kawasan binaan selepas 3 minggu

Anggaran Waktu Membaca:
HANOI: Pasukan penyelamat di Vietnam berjaya membawa keluar mayat kanak-kanak lelaki 10 tahun dari lubang tiang konkrit di sebuah tapak binaan, tiga minggu selepas mangsa terperangkap, lapor media negara pada Jumaat (20 Jan).

Thai Ly Hao Nam terjatuh ke dalam lubang tiang seluas 25 sentimeter dan sedalam 35 meter, yang menjadi sebahagian daripada bahan binaan jambatan baru, ketika kanak-kanak itu sedang mencari besi buruk pada 31 Disember lalu.

Beratus-ratus penyelamat, termasuk askar dan pakar kejuruteraan dikerah ke tempat kejadian di wilayah Dong Thap, Delta Mekong.

Empat hari selepas terjatuh, pihak berkuasa mengisytiharkan Nam sudah meninggal dunia, dan memaklumkan bahawa usaha membawa keluar mayatnya "adalah satu tugas sukar".

Mayat Nam dibawa keluar pada awal Jumaat, selepas penyelamat masuk ke dalam lubang tiang sehingga ke kedalaman 25 meter, sebelum menggunakan peralatan khas untuk membawa keluar mayatnya, lapor laman berita VnExpress.

"Kerja menyelamat mengambil masa yang lama. Disebabkan terdapat tanah di sekeliling tiang itu... mayat kanak-kanak tersebut masih dalam keadaan utuh," kata naib pengerusi jawatankuasa wilayah berkenaan, Doan Tan Buu pada Jumaat (20 Jan).

Mayat Nam sudah dituntut oleh keluarganya untuk disemadikan.

Kegiatan mengumpul besi buruk biasa dilakukan golongan miskin di negara itu untuk mencari rezeki, namun ia biasanya dilakukan oleh wanita.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan