Mayat kanak-kanak hilang 2 hari 'dihantar pulang' oleh buaya
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Detik News
JAKARTA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang mati lemas ditemui selepas dua hari dilaporkan hilang.
Tubuhnya dibawa pulang oleh seekor buaya muara kepada keluarganya yang berada di tepi sungai.
"Pada Jumaat pagi (20 Jan) apabila pasukan melakukan pencarian orang hilang buat hari kedua, sekitar pukul 7.00 pagi, pasukan mendapat maklumat daripada keluarga bahawa mereka melihat ada seekor buaya membawa jasad manusia. Ternyata jasad itu anak yang kita cari," kata Ketua Pencarian dan Pertolongan Basarnas Kaltim Melkianus Kotta apabila dihubungi DetikCom.
Jasad kanak-kanak itu ditemukan di Perairan Muara Jawa, Kutai Timur. Pada masa itu mangsa dibawa dari tengah sungai menunju ke tepi sungai dan sedang ditunggu keluarganya.
"Jaraknya dari tempat kejadian itu adalah 1.5 kilometer. Saat buaya berada di dekat keluarga, jasad itu dilepaskan buaya," katanya.
Encik Melkianus mengatakan jasad kanak-kanak itu langsung dibawa ke bilik mayat. Apabila diperiksa, tidak ada sebarang anggota yang hilang.
"Tidak ada yang hilang, semuanya sempurna. Buaya ini malah membantu menemukan kanak-kanak itu," kata Encik Melkianus.
Sebab kanak-kanak itu mati lemas masih belum diketahui.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.