Skip to main content

Dunia

Mayat dikerat 6 di Lebuh Raya Utara Selatan M'sia adalah warga asing

Anggaran Waktu Membaca:
PETALING JAYA: Polis mengesahkan mayat yang dikerat sebelum anggota badannya disumbat kendalam bagasi, yang ditemui di Kilometer 447 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pada Selasa (17 Jan) adalah lelaki warga asing.

Ketua Polis Sungai Buloh, Shafa’aton Abu Bakar berkata, setakat ini polis sudah merakam keterangan seorang saksi pada pukul 4.30 petang pada Selasa, bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat tersebut.

“Setakat ini hanya seorang saksi sudah dirakam percakapan berkaitan kes ini."

“Bedah siasat ke atas mayat sudah dilakukan di Hospital Sungai Buloh (HSB) hari ini (18 Jan) dan mendapati punca kematiannya disebabkan pelbagai kecederaan akibat senjata tajam,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti sebenar mangsa.

Sebelum ini, media melaporkan, penemuan mayat dikerat enam bahagian dan disumbatkan ke dalam bagasi ditemui di tepi lebuh raya PLUS berhampiran susur Rawang Selatan arah utara.

Cik Shafa’aton dilaporkan berkata, beg berkenaan ditemukan orang awam pada pukul 11.30 pagi sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis, lapor Bernama.

Katanya, anggota forensik polis yang membuat pemeriksaan menemukan beberapa bahagian badan dari bahu ke pinggang yang dikerat dan kedua-dua tangan dalam bagasi itu.

“Bagaimanapun, bahagian kepala mangsa tidak ditemui.”

“Identiti mangsa belum dikenal pasti dan anggota badan berkenaan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita