Mayat bayi ditemui di tempat sampah
Seorang pekerja buruh yang sedang mencari tin aluminium kosong di Taman Vista Ilmu, Kota Samarahan terkejut apabila menjumpai mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat, dibungkus dalam beg plastik di sebuah tempat pembuangan sampah.

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
KUCHING: Seorang pekerja buruh yang sedang mencari tin aluminium kosong di Taman Vista Ilmu, Kota Samarahan terkejut apabila menjumpai mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat, dibungkus dalam beg plastik di sebuah tempat pembuangan sampah.
Seorang pembantu perubatan dari Pusat Jantung Sarawak di Hospital Umum Sarawak mengesahkan bahawa bayi perempuan itu telahpun meninggal dunia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak, SAC Denis Leong Soon Kuai berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untu dibedah siasat.
Polis merayu kepada orang ramai tampil membantu memberi maklumat mengenai kes ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.