Skip to main content

Dunia

Mayat bakal pengantin dikhuatiri lemas ditemui

Mayat bakal pengantin yang dikhuatiri lemas di Pantai Kelulut Jumaat lalu, ditemui terdampar di Pantai Alur Tuman pagi tadi (27 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat bakal pengantin dikhuatiri lemas ditemui

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Dec 2020 02:50PM Dikemas Kini : 27 Dec 2020 02:58PM

MARANG: Mayat bakal pengantin yang dikhuatiri lemas di Pantai Kelulut Jumaat lalu, ditemui terdampar di Pantai Alur Tuman pagi tadi (27 Dis).

Mayat Encik Naim Hariri Kamaruddin, 31 tahun, dari Kuala Lumpur ditemui pada pukul 8.55 pagi oleh pasukan penyelamat yang membuat rondaan di pantai itu, kira-kira tiga kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris berkata ayah mangsa Kamaruddin Abdullah, 59, telah dipanggil untuk membuat pengecaman dan mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah anaknya berpandukan beberapa identiti.

"Mayat dijumpai dalam keadaan yang sempurna tanpa sebarang kecederaan dan akan dihantar ke forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

"Dengan penemuan ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Kelulut ditamatkan dan tumpuan akan diberikan untuk satu lagi operasi mencari lelaki yang masih belum ditemui di Pantai Jambu Bongkok," katanya kepada para pemberita hari ini (27 Dis).

Arwah Naim Hariri datang ke Terengganu pada Khamis lalu dan dijadualkan bernikah dengan tunangnya, Cik Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payung semalam.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita