Skip to main content

Dunia

Mayat anggota tentera M'sia hilang di hutan simpanan ditemui

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat anggota tentera M'sia hilang di hutan simpanan ditemui

Gambar: Facebook/Reezal Merican

Diterbitkan : 12 Apr 2023 05:51PM Dikemas Kini : 12 Apr 2023 05:52PM
IPOH: Polis pada Rabu (12 Apr) menjumpai mayat dipercayai anggota tentera daripada Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang yang hilang ketika menjalankan tugas operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, Jumaat lalu (7 Apr).

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 7 April lalu menemui satu mayat dipercayai anggota tentera berkenaan pada 10.15 pagi pada Rabu (12 Apr).

Encik Mohd Yusri berkata mayat terbabit dibawa ke Hospital Gerik bagi proses bedah siasat.

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) Perak merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Isnin (10 Apr), Encik Mohd Yusri dilaporkan berkata hasil siasatan awal polis mendapati kejadian itu berlaku pada 5.00 petang Jumaat lalu semasa mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan berkenaan.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita