Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat 3 pendaki gunung ditemui di Kanada

Mayat tiga pendaki gunung bertaraf dunia ditemui pada Ahad (21 Apr) yang sebelum ini dilaporkan hilang akibat salji runtuh di sebelah barat puncak gunung di Kanada, menurut agensi taman negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat 3 pendaki gunung ditemui di Kanada

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Apr 2019 01:25PM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 01:33PM

MONTREAL: Mayat tiga pendaki gunung bertaraf dunia ditemui pada Ahad (21 Apr) yang sebelum ini dilaporkan hilang akibat salji runtuh di sebelah barat puncak gunung di Kanada, menurut agensi taman negara itu.

Warga Amerika Jess Roskelley, 36 tahun dan warga Austria Hansjorg Auer, 35 tahun serta David Lama, 28 tahun, hilang pada Selasa di Taman Negara Banff. Pihak berkuasa memulakan pencarian udara pada keesokan harinya.

Ketiga-tiga lelaki itu sedang cuba mendaki bahagian timur Howse Pass, iaitu laluan pendakian yang terpencil dan mencabar.

Mereka adalah sebahagian daripada pasukan atlit profesional yang ditaja oleh syarikat Amerika Syarikat, The North Face.

"Parks Canada menyampaikan takziah yang mendalam kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang," menurut agensi itu dalam kenyataannya.

"Kami juga bersimpati atas kejadian ini dan kesannya terhadap masyarakat pendaki setempat dan luar negara yang amat erat. Ingatan kami ditujukan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan semua yang terjejas oleh tragedi ini."

Jess Roskelley adalah anak John Roskelley, yang dianggap sebagai salah seorang pendaki paling hebat bagi generasinya.

Pasangan anak-beranak itu pernah mendaki Gunung Everest pada 2003. Ketika itu, Jess Roskelley hanya berusia 20 tahun dan menjadi pendaki paling muda yang berjaya mendaki sampai ke puncak gunung tertinggi di dunia itu.

Auer dan Lama, kedua-duanya dari Tyrol, Austria juga dianggap sebagai antara pendaki terbaik di dunia.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan