Skip to main content

Dunia

Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi

Mawar Taif yang terkenal di Arab Saudi, dihargai kerana aromanya yang luar biasa serta ketelitian yang diperlukan dalam penanaman, penuaian, dan pemprosesannya, merupakan antara produk minyak wangi semula jadi yang paling berharga di negara itu.
Anggaran Waktu Membaca:
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Kuntuman bunga mawar Taif. (Gambar: SPA)
TAIF: Mawar Taif yang terkenal di Arab Saudi, dihargai kerana aromanya yang luar biasa serta ketelitian yang diperlukan dalam penanaman, penuaian, dan pemprosesannya, merupakan antara produk minyak wangi semula jadi yang paling berharga di negara itu.

Bunga tersebut juga merupakan simbol pertanian dan kebudayaan yang menonjol serta mempunyai kaitan mendalam dengan warisan dan pelancongan di wilayah itu.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), terdapat lebih 910 ladang mawar Taif di negara itu yang tersebar di Al-Hada, Al-Shafa, Wadi Muharram, Al-Wahat, Al-Wahit, dan Wadi Liya. Kawasan penanaman tersebut meliputi kira-kira 270 hektar dengan anggaran 1.14 juta pokok mawar.

Ladang-ladang berkenaan menghasilkan hampir 550 juta kuntum mawar setiap tahun, yang kesemuanya dituai dalam musim yang singkat iaitu tidak melebihi 45 hari, bermula dari awal Mac hingga akhir April.

Hasil tuaian itu menghasilkan kira-kira 20,000 "tola" minyak mawar Taif.

Untuk menghasilkan satu tola (1 tola = 11.7 gram) minyak mawar, kira-kira 12,000 kuntum mawar diperlukan. Bunga-bunga itu dipetik secara manual pada waktu subuh dan disuling dalam tempoh 24 jam bagi mengekalkan ketulenan serta mutu aromanya sebelum dipasarkan.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita