Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mauritius siap siaga hadapi Taufan Freddy

Anggaran Waktu Membaca:
Mauritius siap siaga hadapi Taufan Freddy

(Gambar: AFP/Richard Bouhet)

PORT LOUIS: Mauritius sedang bersiap sedia pada Isnin (20 Feb) bagi menghadapi ribut taufan ganas yang semakin menghampiri pulau itu.

Perdana Menteri Mauritius Pravind Jugnauth berkata Taufan Freddy adalah taufan dahsyat yang merupakan satu ancaman langsung kepada pulau Mauritius, Rodrigues dan Saint-Brandon.

Dalam satu kenyataan pada lewat Ahad (19 Feb), Encik Pravind menggesa para penduduk pulau itu supaya mengambil langkah berjaga-jaga, jangan keluar rumah dan terus berwaspada.

Khidmat Kaji Cuaca Mauritius mengeluarkan amaran taufan Kelas 3, sambil menyatakan anggaran tiupan angin di bahagian tengah Taufan Freddy mungkin mencecah sekitar 275 kilometer sejam.

Lapangan Terbang Mauritius mengumumkan ia akan ditutup mulai Isnin sehingga diberitahu kelak.
Sumber : AFP/HA/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan