MATA mahu pikat jemaah haji & umrah warga China singgah dan lawat M'sia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) sedang dalam usaha untuk menarik jemaah haji dan umrah dari negara China untuk melawat atau transit di Malaysia terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.
Presiden MATA Dr Mohd Khalid Harun dalam satu kenyataan pada Sabtu (3 Jun) berkata pihaknya dan beberapa pemain industri haji dan umrah tempatan akan berangkat ke China dalam masa terdekat bagi mengadakan hubungan perniagaan pelancongan antara kedua-dua negara itu.
“Pemain industri haji dan umrah tempatan yang terdiri daripada ahli kami, telah menyusun beberapa program transit bagi menyambut kedatangan jemaah umrah dari China, seperti pakej selama lima malam di Kuala Lumpur dan Selangor," jelas Encik Khalid.
“Pakej transit ini menekankan aspek dari sudut pelancongan Islam di Malaysia, dengan memasukkan lawatan ke masjid di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kami telah mengenal pasti beberapa pemandu pelancong Islam yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dan akan bekerjasama dengan Persatuan Pemandu Pelancong Kuala Lumpur,” tambah beliau.
Encik Khalid seterusnya berkata MATA akan turut menjalin kerjasama dengan agensi seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengadakan kelas persediaan umrah atau haji kepada jemaah dari China, yang dapat memberi nilai tambah bagi mereka untuk memilih pakej transit di Malaysia.
“MATA percaya dengan adanya misi dagang ini dan mendapat kerjasama dari rakan strategik dari China, sudah pasti dapat membantu pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mencapai sasaran 5 juta pelancong China ke Malaysia,” katanya.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.