Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mat rempit serah diri keluar dari kebun sawit, ingin rasa juadah Hari Raya

Anggaran Waktu Membaca:
KULAI: Lapar dan rindu juadah Hari Raya menyebabkan seramai 57 mat rempit yang bersembunyi dalam kawasan semak dan kebun kelapa sawit di Kilometer 7 Jalan Kulai-Kota Tinggi di Kulai, Johor Bahru, 'menyerah diri' selepas dikejar polis dalam kejadian pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian pukul 9.00 pagi itu, satu persatu samseng jalanan berusia anggaran 17 hingga 42 tahun tersebut menyerah diri selepas tidak tahan bersembunyi dalam kawasan tersebut, lapor Astro Awani.

"Semasa operasi dijalankan kebanyakan mat-mat motosikal terbabit sembunyi masuk ke dalam kawasan kebun sawit sekitar jam 3.00 pagi dan kebanyakan mereka cuba untuk keluar melalui 'jalan tikus' yang dikepung pihak polis."

"Akhirnya pada jam 9.00 pagi, satu persatu penunggang motosikal menyerah diri disebabkan menemui jalan buntu untuk melarikan diri."

"Ini kerana mereka tidak tahan dengan keadaan dalam kebun sawit yang panas ditambah pula ada yang menyatakan 'lapar dan rindu juadah hari raya pertama'," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad (23 Apr).

Beliau memberitahu, mereka semua ditahan dalam Op Selamat yang melibatkan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dibantu cawangan unit peronda (MPV) serta cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, menurut laporan Astro Awani.

Menurutnya, operasi khas selama 18 jam itu yang diketuai Inspektor Alexander Jeremy Jimy dari BSPT IPD Kulai bersama-sama pegawai dan 13 anggota bermula pada pukul 11.00 malam pada Jumaat (21 Apr) sehingga pukul 5.00 petang pada Sabtu (22 Apr).

Katanya, anggota BSPT IPD Kulai mengeluarkan sebanyak 140 saman antaranya tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, lesen kenderaan (LKM) tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, ubah suai ekzos, tidak memakai topi keledar dan pelbagai kesalahan lain.

"Sebanyak 39 buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987," tambah beliau.
 
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan