Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Maszlee sifatkan keputusan letak jawatan sebagai suatu hikmah

Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik menyifatkan keputusan beliau 'memulangkan' jawatan Menteri Pendidikan

Anggaran Waktu Membaca:
Maszlee sifatkan keputusan letak jawatan sebagai suatu hikmah

Mantan menteri Pendidikan Maszlee Malik. (Gambar: Dr Maszlee Malik/Facebook)

Diterbitkan : 04 Jan 2020 06:16PM Dikemas Kini : 04 Jan 2020 06:19PM

KLUANG: Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik menyifatkan keputusan beliau 'memulangkan' jawatan Menteri Pendidikan, dua hari lepas, mempunyai hikmah tersendiri buat dirinya dan penduduk Parlimen Simpang Renggam.

Berucap pada Program Bersama Penduduk yang berlangsung di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Simpang Renggam hari ini (4 Jan), Dr Maszlee berkata beliau tidak berasa sedih mahupun marah dengan keputusan dibuat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang menasihatinya 'memulangkan' jawatan itu.

"Saya tidak sedih, tidak marah. Yakin ada hikmah di sebalik perkara ini...paling besar saya dapat kembali berkhidmat buat rakyat Simpang Renggam," katanya.

KENANGAN MANIS

Menurut Dr Maszlee, beliau berterima kasih kepada perdana menteri kerana memberi peluang selama 20 bulan untuk membuktikan dirinya mampu menggalas tanggungjawab diberikan.

Beliau turut mengakui tempoh itu merupakan kenangan manis sepanjang hidupnya yang sudah berumur 45 tahun.

Untuk pembangunan Simpang Renggam, beliau merancang memperkenalkan kad laporan bagi merekodkan pencapaian Ahli Majlis, Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR).

KONGSI SIMPATI ATAS PETISYEN

Dr Maszlee dalam pada itu turut berterima kasih atas sokongan yang diberikan masyarakat terhadap dirinya menerusi petisyen dalam talian yang mendesak agar beliau dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan.

"Saya difahamkan petisyen itu sudah hampir setengah juta, terima kasih, saya faham dan berkongsi simpati.

"Saya yakin 'tapak' yang saya sediakan di Kementerian Pendidikan mencukupi dan pengganti saya nanti akan dapat meneruskan agenda pendidikan negara," katanya.

Sumber : Bernama/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan