Skip to main content

Dunia

Masyuarat menteri luar Asean bermula di Laos

Anggaran Waktu Membaca:
VIENTIANE: Para Menteri Luar ASEAN sedang bertemu di Vientiane ibu kota Laos.

Topik-topik yang dijangka dibincangkan termasuk konflik di Myanmar dan keadaan tegang di Laut China Selatan.

Dalam ucapannya, Menteri Luar Laos, Saleumxay Kommasith berkata usaha bersepadu ASEAN diperlukan untuk bertindak balas secara proaktif dan berkesan kepada cabaran-cabaran itu.

Ia bagi mengekal dan menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau dan global.

Selain itu ia bagi memastikan ASEAN terus relevan dan menjadi penggerak utama dalam mencorakkan masa depan rantau ini.

Mesyuarat para menteri luar itu akan disusuli dengan sidang puncak ASEAN yang bermula pada Khamis (10 Okt).
Sumber : Agensi berita/MU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita