Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masyarakat Palu tetap bersemangat; terus bangkit 2 minggu selepas dilanda gempa-tsunami

Hampir dua minggu yang lalu bandar Palu di Sulawesi Tengah digegarkan oleh dua bencana dahsyat - gempa kuat dan ombak besar tsunami pada 28 September.

Anggaran Waktu Membaca:
Masyarakat Palu tetap bersemangat; terus bangkit 2 minggu selepas dilanda gempa-tsunami

Kanak-kanak di Palu kelihatan masih ceria meskipun melalui pengalaman mengerikan sebelum ini. (Gambar: Said Mahadi Said Iziddin)

BERITAmediacorp: Hampir dua minggu yang lalu bandar Palu di Sulawesi Tengah digegarkan oleh dua bencana dahsyat - gempa kuat dan ombak besar tsunami pada 28 September.

Bangunan-bangunan yang dulu tersergam indah dan menjadi kebanggaan Palu kini punah-ranah, binasa akibat gempa bumi sekuat 7.5 pada skala Richter.

Sebuah bangunan yang rosak teruk akibat gempa di Palu pada 28 Sep (Gambar: Said Mahadi/Taufiq Hussein Zalizan/BERITAmediacorp)

Antara bangunan yang runtuh di Bandar Palu. (Gambar: Taufiq Hussein Zalizan)

Pusat beli-belah Ramayana rosak terusk akibat gempa di Palu, Sulawesi Tengah pada 28 Sep (Gambar: Taufiq Hussein Zalizan/BERITAmediacorp)

Pusat beli-belah Ramayana antara bangunan yang paling teruk terjejas. (Gambar: Taufiq Hussein Zalizan)

Kampung-kampung ini tenggelam ditelan bumi, meninggalkan hanya sisa-sisa dan serpihan yang suatu ketika dahulu ceria dan meriah.

Pencecairan tanah di Balaroa, Palu, Sulawesi Tengah akibat gempa bumi pada 28 Sep (Gambar:  Said Mahadi/BERITAmediacorp)
Baju seragam dan buku sekolah di bekas tapak perkampungan Petobo yang tertimbus akibat pencecairan tanah (Gambar: Taufiq Hussein Zalizan/BERITAmediacorp)

Pantai Talise, antara kawasan pertama yang dibadai tsunami, juga masih parah.

Kerosakan di Pantai Talise di Palu, Sulawesi Tengah yang dilanda tsunami pada 28 Sep (Gambar: Taufiq Hussein Zalizan/BERITAmediacorp)

“Tetap semangat”. Kata-kata pembakar semangat pada mercu tanda yang masih berdiri teguh di tepi pantai, mencerminkan tekad dan azam para penduduk untuk bangkit semula.

Sebuah mercu tanda di pantai Palise, Palu diconteng dengan grafiti 'Tetap Semangat' (Gambar: Taufiq Hussein Zalizan/BERITAmediacorp)

Kerosakan di sekitar pantai Talise selepas dibadai tsunami (Gambar-gambar: Taufiq Hussein Zalizan)

Semangat kental ini begitu ketara dalam kalangan relawan dan badan-badan kemanusiaan yang dengan pantas mendirikan ‘posko’ atau pangkalan operasi untuk menghulurkan bantuan.

Pangkalan operasi atau 'posko' badan kemanusiaan di Indonesia ACT (Gambar: Said Mahadi, Taufiq Hussein Zalizan/BERITAmediacorp)

Posko Induk ACT. (Gambar: Said Mahadi Said Iziddin)

Perusahaan-perusahaan kecil juga sudah mula beroperasi seperti biasa. Bencana kembar yang melanda tidak sekali-kali mematahkan semangat mereka untuk kembali hidup seperti biasa.

Perusahaan kecil mula muncul di tepi jalan raya dekat Palu, Sulawesi Tengah dua minggu selepas gempa yang melanda (Gambar: Said Mahadi/BERITAmediacorp)
Penduduk Palu mula berniaga kecil-kecilan sedang masyarakat di sini pulih selepas bencana alam kembar pada 28 Sep (Gambar: Said Mahadi/BERITAmediacorp)
Penduduk Palu mula berniaga kecil-kecilan sedang masyarakat di sini pulih selepas bencana alam kembar pada 28 Sep (Gambar: Taufiq Hussein Zalizan/BERITAmediacorp)

Perusahaan-perusahaan kecil yang cuba membangun semula. (Gambar-gambar: Said Mahadi Said Iziddin, Taufiq Hussein Zalizan)

Kubur ramai di Taman Pemakaman Umum Poboya Indah.

(Gambar: Taufiq Hussein Zalizan)

Di sini, para belia dari merata Sulawesi sama-sama membantu untuk menyempurnakan pengebumian seribu mangsa yang terkorban.

Mas Andik (kiri) dan rakannya (kanan) dari Rangkaian Pemuda Bahari. (Gambar: Said Mahadi Said Iziddin)

Mas Andik dan rakan seperjuangan dari Rangkaian Pemuda Bahari. (Gambar: Said Mahadi Said Iziddin)

Yang jelas, bencana yang menimpa ini boleh merobohkan banyak bangunan dan meragut banyak nyawa. Namun ia tidak sekali-kali akan melemahkan semangat masyarakat di Palu untuk bangkit semula.

(Gambar: BERITAmediacorp)
Kanak-kanak di Palu kelihatan masih ceria meskipun melalui pengalaman mengerikan sebelum ini. (Gambar: Said Mahadi Said Iziddin)

Keadaan di khemah-khemah sementara sekitar Masjid Agung. (Gambar-gambar: Taufiq Hussein Zalizan, Said Mahadi Said Iziddin)

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan