Masyarakat Pakistan, Algeria semarakkan semangat Ramadan dengan berbuka puasa beramai-ramai
Berbuka puasa beramai-ramai di tepi jalan sudah menjadi satu tradisi bagi masyarakat Islam di Pakistan.
Acara berbuka puasa secara beramai-ramai mengumpulkan semua lapisan masyarakat. (Gambar: Petikan skrin video YouTube/Rashida Hussain)
- Berbuka puasa beramai-ramai di tepi jalan sudah menjadi satu tradisi bagi masyarakat Islam di Pakistan.
- Ratusan warga Pakistan akan memenuhi ruang berbuka beralaskan tikar untuk menjamu hidangan percuma, semuanya disediakan oleh badan amal setempat.
- Inisiatif tersebut bukan sahaja khusus buat golongan kurang berkemampuan, malah, juga bagi golongan bekerja yang tidak sempat pulang ke rumah untuk berbuka bersama keluarga.
- Di Algiers, ibu kota Algeria pula, tidak kira latar belakang, para penduduk berkumpul di salah satu jalan utama bandar tersebut bagi majlis berbuka puasa.
Ratusan warga Pakistan akan memenuhi ruang berbuka beralaskan tikar untuk menjamu hidangan percuma, semuanya disediakan oleh badan amal setempat.
Para penderma biasanya akan menghulurkan wang atau produk makanan kepada relawan, yang kemudian memasak juadah berbuka.
Inisiatif tersebut bukan sahaja khusus buat golongan kurang berkemampuan, malah, juga bagi golongan bekerja yang tidak sempat pulang ke rumah untuk berbuka bersama keluarga.
Di Algiers, ibu kota Algeria pula, tidak kira latar belakang, para penduduk berkumpul di salah satu jalan utama bandar tersebut bagi majlis berbuka puasa.
Matlamat acara tersebut adalah bagi mengumpulkan semua lapisan masyarakat untuk berbuka bersama-sama, sekaligus menyemarakkan lagi semangat Ramadan.
Majlis iftar besar-besaran itu adalah hasil usaha sukarelawan, termasuk cef-cef yang menyediakan hidangan untuk 2,000 hadirin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.