Masyarakat Muslim Sri Lanka sambut Ramadan dengan penuh kebimbangan
Masyarakat Muslim di Sri Lanka menyambut ketibaan Ramadan dengan penuh kebimbangan, berikutan serangan maut yang meragut lebih 250 nyawa pada Hari Easter lalu.
COLOMBO, SRI LANKA: Masyarakat Muslim di Sri Lanka menyambut ketibaan Ramadan dengan penuh kebimbangan, berikutan serangan maut yang meragut lebih 250 nyawa pada Hari Easter lalu.
Setelah ISIS mengaku mendalangi serangan bom di hotel-hotel dan gereja di negara itu, para penduduk Muslim setempat bimbang akan tindak balas yang mungkin berlaku.
Pasukan keselamatan Sri Lanka menyatakan pihaknya sangat berwaspada menyusuli laporan-laporan risikan tentang militan yang mungkin bertindak sebelum bermulanya Ramadan.
Beberapa militan yang mendalangi serangan tersebut dikatakan masih bebas dan disyaki merancang lebih banyak serangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.