Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masyarakat Islam Sarawak digesa jangan terlalu ghairah adakan rumah terbuka Hari Raya

Anggaran Waktu Membaca:

SIBU: Masyarakat Islam Sarawak diingatkan supaya jangan terlalu ghairah mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri bulan hadapan walaupun negara kini sudah memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.

Timbalan Menteri Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata ini kerana keadaan wabak COVID-19 di Sarawak pada masa kini masih lagi belum stabil sepenuhnya.

Katanya, sekiranya mereka mahu mengadakan rumah terbuka, jumlah pengunjung mestilah tidak terlalu ramai dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Saya lihat sekarang orang sudah terlalu ghairah nak menyambut raya, memang benar kita sudah dua tahun tidak beraya (seperti sebelum ini), tetapi jangan terlalu ramai sangat dan berlebihan sangat.

“Saya rasa boleh (adakan rumah terbuka) tetapi kita tunggu keputusan JPBN (Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri),” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan cek sumbangan kepada 36 masjid dan surau di Sibu pada Sabtu (9 Apr). 

Sumbangan berjumlah RM180,000 (S$58,138) itu adalah untuk membiayai aktiviti masjid dan surau di daerah ini sepanjang bulan Ramadan. Setiap masjid dan surau akan menerima RM5,000 (S$1,614).

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan