Masyarakat antarabangsa kutuk rampasan kuasa Gabon
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP/Gabon 24
LIBREVILLE: Masyarakat antarabangsa mengutuk tentera Gabon kerana melakukan rampasan kuasa di negara Afrika Tengah itu pada Rabu (30 Ogos).
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan ia memantau dengan teliti keadaan di Gabon dan menggesa semua pihak agar tidak mencetuskan keganasan.
Pihak tentera telah membubarkan semua institusi negara dan membatalkan keputusan tiga pilihan raya pada Sabtu lalu termasuk Pilihan Raya Presiden.
Presiden Ali Bongo telah dikenakan tahanan dalam rumah manakala seorang anak lelakinya ditangkap kerana dituduh melakukan pengkhianatan.
Keluarga Presiden Bongo telah memerintah Gabon sejak 56 tahun lalu.
Pada Sabtu lalu, Presiden Bongo menang Pilihan Raya Presiden untuk memerintah buat penggal ketiga.
Dalam pengumuman di televisyen negara itu semalam, para pegawai tentera berkata mereka merampas kuasa untuk menamatkan pemerintahan Presiden Bongo yang tidak bertanggungjawab.
Rampasan kuasa tentera di Gabon adalah yang ke lapan di Afrika Tengah dan Afrika Barat sejak tahun 2020.
Bulan lalu, rampasan kuasa tentera berlaku juga di Niger.

Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.