Masjidil Haram sediakan khidmat penterjemah 21 bahasa
Pejabat Urusan Dua Masjid Suci di Arab Saudi telah mengambil khidmat sekumpulan penterjemah yang boleh bercakap dalam 21 bahasa bagi melayan jemaah yang datang ke Masjidil Haram.
(Gambar: Agensi berita)
MAKKAH: Pejabat Urusan Dua Masjid Suci di Arab Saudi telah mengambil khidmat sekumpulan penterjemah yang boleh bercakap dalam 21 bahasa bagi melayan jemaah yang datang ke Masjidil Haram.
Mereka ditempatkan di pintu-pintu masuk dan merata Masjidil Haram serta bergerak dari masa ke masa, demikian dilaporkan Arab News pada Sabtu (12 Dis).
Setiap Khutbah Jumaat di Masjidil Haram juga diterjemahkan secara langsung ke dalam lima bahasa Inggeris, Urdu, Melayu, Farsi dan Perancis.
Bahkan, Arab Saudi menjadikan bahasa Melayu sebagai satu daripada bahasa asing bagi terjemahan secara langsung ketika khutbah Jumaat di Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah sejak dua tahun lalu.
Khutbah Hari Arafah juga telah diterjemahkan sejak tiga tahun lalu, yang telah memanfaatkan lebih dua juta jemaah.
Menurut laporan Arab News, matlamatnya untuk meningkatkan jumlah orang yang mendapat manfaat dari penterjemahan melalui platform elektronik selain menjadi model global untuk terjemahan ke lebih dari 10 bahasa di satu tempat, melalui perhubungan langsung dan platform elektronik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.