Skip to main content

Dunia

Masjidil Haram mula guna sepenuhnya AI pastikan operasi lancar menjelang Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
Masjidil Haram mula guna sepenuhnya AI pastikan operasi lancar menjelang Ramadan

(Gambar: Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi)

MEKAH: Masjidil Haram mula menggunakan sepenuhnya aplikasi kecerdasan buatan (AI) paling canggih untuk melancarkan operasi menerima kunjungan jemaah pada Ramadan tahun 1444 hijrah ini.

Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdulrahman Al Sudais, berkata usaha pemodenan terhadap pelan operasi terbesar dalam sejarah Masjidil Haram itu diaktifkan selepas setahun kajian dan perancangan dijalankan.

Melalui operasi tersebut, para jemaah dapat memanfaatkan robot pintar dan aplikasi elektronik yang membantu memudahkan mereka melaksanakan ibadah, kata beliau lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Selain itu, sebanyak 230 ruang solat di Masjidil Haram akan dibuka untuk menerima kunjungan jemaah sepanjang Ramadan tahun ini.

Beliau berkata semua pintu, termasuk di bahagian Masjidil Haram yang sudah menjalani proses naik taraf sebanyak tiga kali, telahpun dibuka bagi memastikan kelancaran proses keluar masuk jemaah sepanjang bulan suci itu.

Pintu khas untuk warga emas dan orang kurang keupayaan turut disediakan pihak masjid bagi memudahkan urusan golongan itu.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung Pentadbiran Am Operasi dan Penyelenggaraan Masjidil Haram Fares bin Mafouz Al Saedi berkata pihaknya sudah meningkatkan kecekapan dan tenaga operasi aset Masjidil Haram untuk memastikan penyelenggaraan di masjid itu pada tahap optima. Ini bagi mewujudkan suasana yang selesa dan selamat bagi jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita