Skip to main content

Dunia

Masjidil Haram, Masjid Nabawi pertingkat khidmat, pengalaman ibadah sepanjang Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
Masjidil Haram, Masjid Nabawi pertingkat khidmat, pengalaman ibadah sepanjang Ramadan
Masjid Nabawi. (Gambar: REUTERS)
Diterbitkan : 03 Mar 2026 04:35PM Dikemas Kini : 03 Mar 2026 04:38PM
MAKKAH: Penguasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melaporkan statistik perkhidmatan pengunjung yang signifikan bagi tempoh 10 hari pertama Ramadan 1447 Hijrah, sebagai sebahagian daripada sistem untuk mempertingkatkan pengalaman ibadah dalam persekitaran yang selamat.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), pihak berkuasa itu melaporkan penggunaan air Zamzam mencecah 15,333 meter padu, manakala 586,881 pengunjung meraih manfaat daripada perkhidmatan bimbingan menerusi pasukan lapangan dan pusat pelbagai bahasa yang disediakan untuk membantu serta menjawab pertanyaan.

Sebanyak 9,581,735 hidangan iftar sudah diagihkan di kedua-dua masjid suci berkenaan, yang disusun bagi memenuhi piawaian keselamatan dan mutu yang tinggi.

Selain itu, di Masjidil Haram, seramai 104,159 pengunjung menggunakan perkhidmatan Tahallul, manakala perkhidmatan kereta sorong dan kerusi roda membantu 332,022 individu, sekali gus memudahkan pergerakan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen kepimpinan Arab Saudi dalam menyediakan perkhidmatan luar biasa dan memaksimumkan kecekapan operasi sepanjang bulan Ramadan.
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita