Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjidil Haram lantik lebih 1,000 relawan wanita

Anggaran Waktu Membaca:
Masjidil Haram lantik lebih 1,000 relawan wanita

Gambar: Agensi berita/ Saudi Gazette

MAKKAH: Pentadbiran Hal Ehwal Dua Masjid Suci meluluskan 1,018 sukarelawan wanita untuk memastikan kelancaran sistem perkhidmatan di Masjidil Haram dalam bulan Ramadan ini, lapor Saudi Gazette.

Mereka direkrut menerusi Platform Negara bagi Kerja Sukarela, yang dikendalikan Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial (MHRSD).

Memetik laporan Saudi Gazette, relawan wanita itu bertugas sebagai penterjemah, membantu warga emas dengan memandu kenderaan elektrik dan menyediakan perkhidmatan mobiliti lain.

"Kerja sukarela ini memberi kepuasan dari pelbagai sudut," kata Pengarah Jabatan Khidmat Sosial dan Kerja Sukarela Bahagian Wanita Masjidil Haram, Bayan Al-Hadhali.

"Dengan membantu jemaah wanita di masjid suci, mereka boleh meraih banyak kemahiran budaya dan linguistik."

Visi Saudi 2030, menurut Al-Hadhali, memperkasakan wanita yang bertugas di Masjidil Haram untuk menggunakan semua sumber mereka, serta keupayaan saintifik dan profesional untuk melayan jemaah dan pengunjung.

Semua itu dilakukan dengan tujuan untuk membangunkan kepimpinan tempatan dan antarabangsa dalam bidang sukarelawan, di samping memudahkan jemaah lelaki dan wanita untuk menjalankan ibadah, menurut laporan Saudi Gazette itu lagi.

Sepanjang bulan suci Ramadan, tambah Al-Hadhali, jumlah badan amal yang bekerjasama dengan projek itu meningkat kepada 14, termasuk badan amal kerajaan dan wanita. Ini menunjukkan bahawa kapasiti maksimum Masjidil Haram sudah dicapai.

Kerja-kerja sukarela di Masjidil Haram ditawarkan sepanjang hari dengan empat syif setiap hari.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan