Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjidil Haram lancar inisiatif gelang tangan bijak, bantu cari anak hilang

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Presiden Pejabat Penjaga Dua Masjid Suci, Dr. Abdulrahman Al-Sudais melancarkan inisiatif gelang tangan bijak untuk kanak-kanak. 

Gelang tangan bijak tersebut dilengkapi dengan data komunikasi saudara-mara untuk membolehkan pihak berkuasa berhubungan dengan ibu bapa kanak-kanak yang hilang dengan lebih pantas lagi. 

Ia akan diagihkan kepada kanak-kanak yang menunaikan ibadah umrah bersama dengan ibu bapa mereka dan boleh digunakan sekiranya mereka tersesat di Masjidil Haram. 

Setiausaha Rendah Agung Khidmat Sosial dan Sukarela Amjad bin Ayed Al-Hazmi berkata Pejabat Penjaga Dua Masjid Suci bertekad untuk menyediakan khidmat yang terbaik kepada para pengunjung Masjidil Haram. 

Sementara itu, Pejabat Penjaga Dua Masjid Suci sudahpun mengagihkan hampir 7,000 payung kepada jemaah umrah dan pengunjung Masjidil Haram. Inisiatif "Payung Anda di Tangan Anda" adalah untuk melindungi jemaah umrah daripada terik mentari semasa melakukan Tawaf dan juga bagi para kakitangan yang membantu para jemaah di masjid tersebut.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan