Skip to main content

Dunia

Masjidil Haram lancar edisi kedua program bimbingan jemaah haji wanita

Anggaran Waktu Membaca:
Masjidil Haram lancar edisi kedua program bimbingan jemaah haji wanita

Masjidil Haram pada 18 Mac 2000. (Gambar: MARWAN NAAMANI / AFP)

Diterbitkan : 19 May 2025 08:03AM Dikemas Kini : 19 May 2025 08:05AM
MAKKAH: Agensi Hal Ehwal Wanita di Masjidil Haram telah melancarkan edisi kedua program "Membimbing dan Menjawab Pertanyaan Wanita" sebagai persiapan menghadapi musim haji.

Program ini bertujuan menjawab pertanyaan jemaah wanita mengenai ibadah, sambil memperkaya pengalaman kerohanian dan keagamaan mereka.

Pejabat Presiden bagi Hal Ehwal Agama Dua Masjid Suci telah memperkukuh program ini dengan menempatkan petugas wanita Arab Saudi yang pakar di dewan solat wanita, selaras dengan Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi.

Inisiatif itu memberi kuasa kepada wanita Arab Saudi untuk berkhidmat kepada jemaah wanita dan pengunjung dalam peranan keagamaan khusus, mengikut prinsip syariah dan piawaian institusi.

Antara matlamat utama inisiatif ini adalah untuk memperluas bilangan dan waktu operasi pusat bimbingan agama wanita dalam Masjidil Haram, memastikan akses lebih meluas kepada maklumat tepat mengenai ibadah dan amalan keagamaan.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh cendekiawan agama wanita Saudi dan pakar yang berkelayakan tinggi.

Program ini bertujuan mewujudkan anjakan kualiti dalam perkhidmatan keagamaan kepada wanita dengan mempromosikan pengetahuan syariah yang boleh dipercayai serta menyediakan bimbingan dan sokongan yang tersusun.

Ia juga menyediakan suasana mesra bagi pengunjung wanita yang mencari penjelasan agama, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai hukum dan amalan Islam.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita