Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjidil Haram guna AI sebar maklumat dan bantu jemaah

Anggaran Waktu Membaca:
Masjidil Haram guna AI sebar maklumat dan bantu jemaah

(Gambar: SPA)

Diterbitkan : 04 Jan 2024 08:33PM Dikemas Kini : 04 Jan 2024 09:03PM
RIYADH: Pentadbiran Ehwal Dua Masjid Suci sudah mula menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan pelbagai kaedah digital untuk menawarkan kandungan bimbingan dan kaunseling kepada para pelawat dan jemaah Masjidil Haram sepanjang hari.

Pihak berkuasa menyebarkan maklumat bimbingan agama khusus, melalui 52 skrin yang ditempatkan di dalam dan luar Masjidil Haram, dengan saiz skrin keseluruhan sebesar 279 meter persegi, lapor Arab News.

Pentadbir operasi dan penyenggaraan memastikan skrin definisi tinggi tersebut berfungsi dengan lancar.

Satu pasukan khas yang terdiri daripada ulama tersohor yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama serta aspek bimbingan akan menetapkan kandungan untuk memenuhi keadaan tertentu.

Selain itu, sebuah pasukan khas akan menterjemahkan kandungan tersebut kepada pelbagai bahasa, seperti dinukil Arab News.

Skrin-skrin yang disediakan 24 jam, tujuh hari seminggu, ditempatkan secara strategik di pintu-pintu masuk dan keluar, halaman masjid, serta jalan menuju ke Masjidil Haram.

Tambahan lagi, pihak berkuasa sudah memperkenalkan AI melalui robot bimbingan yang direka untuk membantu jemaah, dengan menawarkan risalah dan penerbitan bagi memudahkan ibadah mereka.

Robot bimbingan interaktif tersebut mengandungi kandungan penuh maklumat dan bimbingan. Para pengguna diberi akses dan dapat berkongsi kandungan tersebut melalui telefon bimbit mereka.

Lagi hebat lagi, robot itu mempunyai keupayaan untuk bergerak di pelbagai kawasan dalam Masjidil Haram.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan