Masjidil Haram diperluas; sedia terima jutaan jemaah 10 hari terakhir Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Saudi Gazette)
RIYADH: Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kini bersedia sepenuhnya untuk menerima berjuta-juta jemaah semasa 10 hari terakhir Ramadan.
Imam Masjidil Haram yang juga Presiden Umum Urusan Dua Masjid Suci di Arab Saudi, Sheikh Abdulrahman bin Abdulaziz Al-Sudais turut mengumumkan pembukaan kepada pembesaran ketiga Masjidil Haram.
Memetik laporan media tempatan, pembukaan kawasan baru itu dilengkapi dengan sistem perkhidmatan lapangan, kejuruteraan dan teknikal bagi memastikan keselesaan dan menjaga keselamatan jemaah.
Malah, ruang baru itu dibuka di semua tiang dan laluan untuk mereka yang datang dari terowong Jarwal dan Jabal Al-Kaabah, seperti mana rancangan yang disediakan untuk 10 hari terakhir Ramadan.
Kerja-kerja pembersihan kerap dilakukan untuk menjaga keselesaan jemaah.
Di samping itu, operasi pembersihan dan pewangi dipergiatkan sepanjang masa.
Pihak pengurusan turut memberi tumpuan kepada operasi teknikal terutama melibatkan tangga bergerak dan lif termasuk sistem hawa dingin.
Sejak awal Mac lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membuka permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan 1444H.
Kementerian itu menerusi kenyataan yang dimuat naik ke laman Twitter rasminya menyatakan, permohonan itu dibuka kepada semua warga Saudi dan warga asing dan mereka mesti mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Kerajaan Arab Saudi menegaskan, permit umrah bagi warga asing sah bagi tempoh sehingga 90 hari, di samping mengingatkan para jemaah agar tidak tinggal di negara itu melebihi tempoh yang ditetapkan.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.