Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjid tertua Sarawak akan dibuka semula 10 hari terakhir Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:

SIBU: Masjid tertua di Sarawak berusia 161 tahun iaitu Masjid Al-Qadim dijangka akan mula dibuka semula bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat tarawih berjemaah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat Dr Annuar Rapaee berkata masjid yang baru sahaja dibaik pulih itu telah dibina oleh seorang ulama Indonesia yang datang berdakwah ke Sibu dengan kerjasama masyarakat Islam di Kampung Nyabor pada tahun 1861 dan mampu menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.

Menurutnya lagi, kali terakhir masyarakat Islam menunaikan solat tarawih berjemaah dan solat wajib lima waktu di masjid bersejarah itu adalah pada lima tahun lalu, iaitu sebelum masjid itu ditutup sementara untuk memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih.

“Sudah semestinya masyarakat Islam di bandar ini, termasuk anak-anak Sibu yang sudah lama berada di perantauan amat teruja menunaikan solat tarawih di masjid bersejarah ini. Kos keseluruhan kerja baik pulih dan mengembalikan reka bentuk asal Masjid Al-Qadim ini adalah kira-kira RM2.2 juta.

“Saya pelawa masyarakat Islam dan anak-anak Sibu yang sudah lama di perantauan untuk balik kampung dan menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Qadim pada bulan Ramadan tahun ini,” katanya kepada para pemberita semasa meninjau kerja-kerja baik pulih masjid tersebut.

Dr Annuar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata umat Islam juga boleh menunaikan solat sunat tarawih berjemaah dengan selesa kerana masjid itu dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya.

Katanya lagi, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkenaan untuk menentukan tarikh sebenar masjid itu boleh dibuka sepenuhnya.

Sementara itu, beliau berkata masjid tersebut juga akan dijadikan sebagai daya tarikan pelancong di bandar Sibu.

Sumber : Bernama/AW/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan