Masjid Terapung Port Dickson akan dibina tahun depan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
PORT DICKSON: Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.
Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata urusan permintaan ukur dan proses pewartaan bagi tapak masjid tersebut sedang dilaksanakan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR).
Beliau turut memaklumkan JKR sedang melaksanakan kerja-kerja awal yang merangkumi penyediaan pelan dan reka bentuk masjid.
“Selain itu, penyelarasan bersama pihak Jabatan Mufti Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) perlu dilakukan sebelum urusan perolehan dan pembinaan dapat dijalankan.
“Kita akan berusaha untuk menyelesaikan perkara ini tahun ini, insya-Allah, jika segala urusan selesai menjelang penghujung tahun ini, kita akan mula pembinaan pada tahun depan,” katanya kepada Bernama pada Jumaat (31 Jan).
Ahli Parlimen Port Dickson itu berharap agar semua urusan dapat berjalan dengan lancar dan diselesaikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Media sebelum ini melaporkan bahawa pembinaan Masjid Terapung di Port Dickson melibatkan kos dianggarkan sebanyak RM25 juta (S$7.6 juta), yang mana peruntukan sebanyak RM15 juta (S$4.5 juta) akan disalurkan oleh kerajaan Persekutuan manakala RM10 juta (S$3 juta) lagi daripada kerajaan negeri.

Sumber : Bernama/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.