Masjid Quba dibanjiri jemaah pada Ramadan

Gambar: Agensi berita/ Saudi Press Agency
MADINAH: Pada bulan suci Ramadan, ramai orang mengunjungi monumen keagamaan dan masjid bersejarah utama di Madinah, di tengah-tengah khidmat-khidmat bersepadu yang disediakan oleh pihak berkuasa keselamatan, bimbingan dan kesihatan, supaya para pengunjung boleh menikmati keselesaan dan jaminan.
Kamera-kamera Saudi Press Agency (SPA), pada Isnin (19 April), merakamkan suasana berbuka puasa di dalam Masjid Quba dan di halamannya, di mana para pengunjung dan jemaah dari berbagai negara menziarahi masjid tersebut sebagai sebahagian daripada program lawatan ke Madinah.
Para jemaah mendirikan solat di masjid yang bersejarah, yang dibina pada hari pertama Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah.
Kesemua pintu Masjid Quba, yang dapat menampung 13,000 orang, dibuka untuk menerima jemaah di dalam seksyen lelaki dan wanita dan dihidangkan dengan jamuan Ramadan, lapor SPA.
Ibu bapa dan para sukarelawan menyertai, di sampingan bimbingan di lapangan, kesedaran, pemantauan dan khidmat kesihatan. Khidmat kebersihan di dalam masjid dan di halaman diberi kepastian di bawah penyeliaan Kementerian Hal Ehwal Islam, Seruan dan Bimbingan dengan penyertaan Perbandaran Madinah.
Menurut SPA lagi, semua langkah dalam menjaga kebersihan dan kesucian tempat itu dilaksanakan, termasuk menghalang kemasukan makanan panas. Pihak berkuasa keselamatan juga menyelia dan mengawal aliran pejalan kaki dan lalu lintas di jalan-jalan sekitar Masjid Quba.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.