Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjid Nabawi umum rancangan sambung semula iftar; jemaah perlu patuhi protokol ketat

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Nabawi umum rancangan sambung semula iftar; jemaah perlu patuhi protokol ketat

(Gambar: Saudi Gazette)

Diterbitkan : 14 Jan 2022 08:32PM Dikemas Kini : 14 Jan 2022 08:32PM

MADINAH: Penjaga Dua Kota Suci  mengumumkan pada Khamis (13 Jan) rancangan untuk menyambung semula majlis iftar atau berbuka puasa secara beramai-ramai di Masjid Nabawi di Madinah sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang selepas ditiadakan selama dua tahun. 

Majlis iftar itu digantung sebagai sebahagian daripada langkah-langkah pencegahan berikutan wabak koronavirus sejak Ramadan 1441H, yang bermula pada 24 April 2020. 

Majlis iftar di Masjid Nabawi akan disambung semula di bawah protokol-protokol kesihatan yang ketat untuk membendung penularan koronavirus. 

Hanya mereka yang diluluskan untuk mengagihkan hidangan iftar akan dibenarkan berbuat demikian di tempat-tempat yang sudah diperuntukkan, menurut laporan Saudi Gazette.

Had jemaah yang dibenarkan di setiap tempat akan didedahkan selepas meneliti keadaan pandemik dari semasa ke semasa. 

Para penyedia juadah iftar juga dikehendaki memuktamadkan kontrak dengan syarikat-syarikat katering yang diluluskan untuk menyiapkan makanan, dengan jumlah jemaah yang duduk di satu tikar dihadkan kepada seramai lima orang bagi menjaga penjarakan sosial dan 12 orang jika tidak melaksanakan langkah penjarakan sosial. 

Langkah-langkah ini juga termasuk duduk dalam satu barisan, menghadap ke arah kiblat. Mereka yang diluluskan untuk menyediakan khidmat iftar perlu mengemas kini data mereka mulai permulaan bulan Rejab (2 Feb), tambah penguasa itu seperti dipetik oleh Saudi Gazette. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa