Skip to main content

Dunia

Masjid Nabawi tingkatkan kemudahan akses, sediakan khidmat pelbagai bahasa

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Nabawi tingkatkan kemudahan akses, sediakan khidmat pelbagai bahasa

Masjid Nabawi di Madinah meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan bagi memberi lebih keselesaan serta memudahkan akses kepada para pengunjung. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 08 Aug 2026 10:42PM Dikemas Kini : 08 Aug 2026 11:25PM
  • Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi meningkatkan kemudahan di Masjid Nabawi, Madinah.
  • Antara inisiatif ialah kemudahan khas untuk warga emas dan golongan kurang upaya bagi memudahkan akses.
  • Pusat panduan menyeluruh serta khidmat penterjemahan pelbagai bahasa turut disediakan untuk membantu pengunjung.
  • Taman asuhan kanak-kanak khas diwujudkan bagi memudahkan keluarga menjalankan ibadah di masjid.
Dijana oleh AI
MADINAH: Masjid Nabawi meningkatkan kemudahan dan perkhidmatannya bagi memberi lebih keselesaan serta memudahkan akses kepada para pengunjung.

Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menyediakan beberapa khidmat yang dipertingkatkan di masjid tersebut, menurut Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Antara inisiatif utama yang disediakan ialah kemudahan khas bagi warga emas dan golongan kurang upaya.

Masjid Nabawi turut menyediakan pusat panduan yang menyeluruh serta khidmat penterjemahan dalam pelbagai bahasa bagi membantu para pengunjung.

Taman asuhan kanak-kanak yang khas juga disediakan untuk membantu keluarga ketika mereka menjalankan ibadah.

Inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan keselesaan serta memudahkan akses kepada para pengunjung Masjid Nabawi.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita