Masjid Nabawi terima 8 juta pengunjung sejak awal 1444 Hijrah
MADINAH: Jumlah pengunjung ke Masjid Nabawi di Madinah mencecah lapan juta sejak permulaan 1444AH, menurut Penjaga Ehwal Dua Masjid Suci, Dr Abdulrahman Al-Sudais.
Beliau menjelaskan, jumlah pengunjung yang menziarahi makam Nabi Muhammad (SAW) mencecah 7.7 juta, manakala hampir dua juta jemaah melawat kawasan dalam masjid itu dan Raudah Sharif. Sekitar 102 juta jemaah lelaki dan wanita mendirikan solat di Masjid Nabawi, lapor Saudi Gazette.
Dr Abdulrahman menyatakan, pihaknya sudahpun berusaha untuk menawarkan pengetahuannya serta pengayaan budaya dan sosial sambil menerima pengunjung dan jemaah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.