Masjid Nabawi siapkan 2 juta botol air Zamzam untuk jemaah wanita
Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Badan Hal Ehwal Wanita di Kepresidenan Umum Urusan Masjid Nabawi menyiapkan 2 juta botol air Zamzam untuk dibahagikan kepada pengunjung wanita sepanjang Ramadan, lapor Saudi Gazette.
Lebih 1,000 pekerja wanita dari agensi tersebut dan syarikat yang beroperasi di Masjid Nabawi, serta 22 pasukan sukarelawan, akan menyajikan minuman tersebut, agar jemaah dan pengunjung ke Masjid Nabawi dapat melaksanakan ibadah dengan selesa.
Menurut laporan Saudi Gazette, agensi wanita itu juga menekankan keinginannya untuk menyediakan bantuan kepada pengunjung wanita. Sejajar dengan itu, ia bekerjasama dengan semua pihak untuk meningkatkan khidmat yang disediakan di Masjid Nabawi.

Sumber : Agensi berita/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.