Masjid Nabawi sambut 10.3 juta jemaah pada 10 hari pertama Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SPA/AFP)
RIYADH: Masjid Nabawi di Madinah menyambut sekitar 10.3 juta jemaah sepanjang 10 hari pertama Ramadan.
Majlis Perbandaran Madinah menyelia khidmat yang disediakan untuk pengunjung dan jemaah, lapor Saudi Gazette.
Dalam tempoh itu juga sekitar 2.3 juta hidangan berbuka puasa disediakan untuk jemaah termasuk satu juta botol air Zamzam.
Agensi Masjid Nabawi menerima pengunjung dan jemaah 24 jam sehari, selain membenarkan jemaah berada di atas bumbung masjid berikutan jumlah pengunjung dan jemaah yang padat.
Agensi itu turut bersedia mengumpulkan pengunjung ke kawasan dataran barat baru sekiranya kapasiti Masjid Nabawi sudah penuh.
Selain itu, ia menyediakan permaidani di seluruh kawasan dalam Masjid Nabawi, termasuk di halaman dan di atas bumbung.
Ia juga memastikan tersedia ruang solat dan keperluan jemaah, seperti al-Quran dan air Zamzam, serta kemudahan dan tandas bagi jemaah sepanjang masa.
Agensi tersebut memperhebatkan persiapannya untuk menyediakan makanan berbuka puasa di Masjid Nabawi melalui beberapa pintu masuk khas untuk jemaah lelaki iaitu - Bab Al-Rahma 3, pintu gerbang 4, 5 dan 37 di sebelah selatan; pintu 8 dan 11 di sebelah barat; pintu gerbang 34 dan 32 di sebelah timur dan pintu 21, 17 dan 19 di sebelah utara.
Bagi jemaah wanita pula, mereka boleh masuk masjid melalui pintu gerbang 25 dan 29 di bahagian solat timur dan 13 dan 17 di bahagian barat.
Agensi itu juga mengatur kemasukan ke Rawdah Sharif di Masjid Nabawi menerusi aplikasi Nusuk. Jemaah lelaki dibenarkan mengunjungi Al-Rawdah Al-Sharif dari 1 Ramadan hingga 19 Ramadan mulai 2.30 pagi hingga solat subuh dan kemudian dari 11.30 pagi hingga solat Isyak.
Jemaah wanita pula boleh melawat Al-Rawdah Al-Sharif selepas solat subuh hingga 11.00 pagi dan kemudian dari 11.00 malam hingga 2.00 petang.
Polis dan jabatan trafik di Madinah bekerja keras memudahkan aliran trafik menghala ke Masjid Nabawi, Masjid Quba, Masjid Sayyid Al-Shuhada dan Masjid Al Qiblatayn.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.