Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjid Nabawi pertingkat usaha sambut lebih ramai jemaah 10 hari terakhir Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
MADINAH: Masjid Nabawi biasanya menyambut lebih ramai jemaah dan pengunjung sepanjang 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Agensi Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memperhebatkan usahanya untuk memastikan ia menyediakan khidmat 24 jam sehari bagi menampung lonjakan jumlah umrah dan pengunjung sepanjang tempoh itu, lapor agensi berita Saudi, SPA.

Agensi berkenaan turut mengambil langkah untuk mempersiapkan masjid itu untuk menyambut lebih ramai jemaah, termasuk di semua tingkat dan halaman terbuka dan meningkatkan kecekapan dan mutu khidmat yang disediakan bagi keselesaan para jemaah.

Ia turut mengerahkan sumber kakitangan untuk memastikan pergerakan pengunjung dan jemaah masjid berjalan lancar.

Bagi memastikan khidmat bermutu tinggi disediakan kepada para pengunjung, agensi tersebut turut melakar rancangan untuk memastikan penyelarasan dan penyepaduan dengan semua agensi relevan, termasuk khidmat sukarela.

Agensi tersebut juga meningkatkan operasi pembersihan dan pembasmian kuman, serta menyediakan sejadah dan bekas air, menurut laporan SPA.

Semua kemudahan masjid disiapkan dan khidmat khusus untuk membawa warga emas dan golongan berkeperluan khas ke tempat solat khas menerusi kenderaan biasa dan kerusi roda juga sudah dipertingkatkan untuk memastikan keselesaan dan kemudahan akses bagi golongan-golongan itu.

Semua persiapan itu adalah sebahagian daripada usaha agensi tersebut untuk memastikan khidmat bermutu tinggi disediakan kepada semua pengunjung dan jemaah masjid untuk membantu mereka menunaikan ibadah umrah dengan mudah dan selesa.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan