Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjid Nabawi dibersihkan 5 kali sehari sepanjang Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:

MADINAH: Bagi menjaga kebersihan dan keselamatan jemaah, pekerja di Masjid Nabawi di Madinah melakukan kerja-kerja pembasmian kuman di setiap kawasan lima kali sehari pada bulan Ramadan, lapor agensi berita Saudi (SPA).

Langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan yang telah mengambil langkah pencegahan sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.

Agensi bagi Presiden Umum Hal Ehwal Masjid Nabawi berkata, langkah tersebut juga sejajar dengan usaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengunjung sekali gus meningkatkan kecekapan dan mutu Masjid Nabawi.

Selain membersihkan Masjid Nabawi dan halamannya  dengan  pembasmi kuman sebanyak lima kali sehari, laporan SPA itu menyatakan tandas dibersihkan kira-kira 10 kali sehari sebagai salah satu usaha meningkatkan mutu persekitaran.

Sebanyak 300 mesin digunakan untuk membersihkan permaidani di Masjid Nabawi dan 92 mesin digunakan untuk membersihkan lantai masjid,  mengandungi 18,000 liter pembasmi kuman mesra alam serta cecair penyegar udara sebanyak 1,500 liter.  
 
Agensi itu turut menyediakan 10,000 kerusi bagi jemaah lanjut usia dan pelbagai bantuan lain untuk memudahkan pengunjung dan jemaah di Masjid Nabawi untuk mendirikan solat. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan