Skip to main content

Dunia

Masjid Nabawi agih lebih 11,800,000 liter air Zamzam sepanjang musim haji

Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan bahawa sebanyak 11,830,000 liter air Zamzam digunakan di Masjid Nabawi sepanjang musim haji 1446 Hijrah, meliputi tempoh dari 1 Zulkaedah hingga 29 Zulhijah.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Nabawi agih lebih 11,800,000 liter air Zamzam sepanjang musim haji

Sebanyak 11,830 tan air Zamzam digunakan di Masjid Nabawi sepanjang musim haji 1446 Hijrah. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 21 Jul 2025 07:06AM Dikemas Kini : 21 Jul 2025 09:43AM
MADINAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan bahawa sebanyak 11,830,000 liter air Zamzam digunakan di Masjid Nabawi sepanjang musim haji 1446 Hijrah, meliputi tempoh dari 1 Zulkaedah hingga 29 Zulhijah.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), pihak berkuasa berkenaan melaksanakan usaha berterusan dan menyeluruh bagi memastikan keselesaan jemaah dengan mengangkut air Zamzam secara berterusan dan profesional dari Makkah ke Madinah sepanjang masa.

Usaha itu merupakan sebahagian daripada sistem bersepadu yang dikhususkan untuk penyediaan dan pengagihan air Zamzam bermutu tinggi melalui pelbagai lokasi penyediaan air yang terletak di dalam dan pekarangan Masjid Nabawi.
Sumber : Bernama/NK/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita