Masjid Istiqlal Jakarta sudah sedia tarawih malam ini jika Ramadan mula esok
Masjid Istiqlal, Jakarta sudah bersiap sedia bagi kegiatan ibadah solat tarawih berjemaah pada malam ini (28 Feb) jika hasil sidang isbat penentuan Ramadan memutuskan awal Ramadan bermula Sabtu (1 Mac).

Jemaah Masjid Istiqlal bersiap sedia untuk solat berjemaah. (Gambar: ANTARA)
"Kerana ini sudah ada standard persiapan. Jawatankuasanya juga sudah siap sedia dan insha Allah acara-acara di Istiqlal itu selalu sempurna," kata Imam Besar Masjid Istiqlal Nasaruddin Umar dalam persidangan yang diadakan di Jakarta pada Jumat.
Imam Nasaruddin mengatakan pihaknya sudah menyiapkan berbagai hal yang berkenaan dengan keperluan ibadah solat tarawih, tidak terkecuali dari segi keamanan.
"Sekarang ini sudah sangat selamat untuk solat di Istiqlal. Kami punya CCTV, kami punya unite pegawai keselamatan yang sangat profesional," jelasnya, seperti dipetik Antara.
Imam Nasaruddin yang juga Menteri Agama itu juga menyebut Masjid Istiqlal siap menyambut berbagai tamu kenegaraan seperti presiden, menteri, dan lain sebagainya jika ingin hadir dan beribadah di Masjid Istiqlal.
"Disebabkan memang standard keselamatannya juga sudah ada, jadi tidak ada masalah. Bila-bila masa sahaja, beliau mahu datang ke sini, bisa datang," ujar beliau.
Walau apa pun, jika hasil sidang isbat malam ini memutuskan agar ibadah solat tarawih dimulai hari ini, maka Imam Nasaruddin Umar sebagai Imam Besar Masjid Istiqlal dan Menteri Agama secara langsung yang akan membuka rangkaian kegiatan Ramadan yang diawali dengan solat tarawih perdana, lapor Antara.
Diketahui, masjid terbesar di Asia Tenggara itu memiliki kapasiti untuk beribadah bagi 200,000 orang. Masjid ini juga memiliki tempat meletak kereta dengan kapasiti sebanyak 1,000 kenderaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.