Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjid gantikan barangan hilang jemaah sama dengan nilai asalnya

Pengalaman hilang sepatu atau selipar ketika berada di masjid satu perkara yang sudah biasa didengar.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid gantikan barangan hilang jemaah sama dengan nilai asalnya

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 14 May 2019 02:34PM Dikemas Kini : 14 May 2019 02:38PM

Yogyakarta: Pengalaman hilang sepatu atau selipar ketika berada di masjid satu perkara yang sudah biasa didengar.

Namun, bagi para jemaah sebuah masjid di Indonesia, mereka tidak perlu berasa gusar. Ini kerana masjid berkenaan sedia menggantikan barangan jemaah yang hilang ketika mereka beribadah di tempatnya sekalipun jika ia sebuah motosikal, lapor agensi berita Tempo.

Pengurus Masjid Jogokariyan di Yogyakarta, Ahmeda Aulia Nurseta, berpendapat bahawa apa sahaja barang yang hilang ketika jemaah sedang mengikuti kegiatan di masjid tersebut akan digantikan dengan barang atau wang yang sama nilainya.

“Polisi menggantikan barangan jemaah yang hilang telah dilakukan sejak 1999. Pernah satu ketika di tahun itu, seorang jemaah kehilangan seliparnya. Pengurus masjid kemudiannya menggantikan selipar tersebut dengan wang peribadinya.

“Pengurus tidak menggunakan duit daripada tabung masjid kerana ketika itu, wangnya tidak banyak selain ia akan mengurangkan nilai duit tabung,” menurut Ahmeda Aulia seperti ditukil Tempo.

Masjid Jogokariyan mengambil inisiatif tersebut demi memberi ketenangan jemaah ketika beribadah.

Menjengah ke tahun 2000, Masjid Jogokariyan semakin berkembang dan jemaah serta dana sumbangan juga kian meningkat.

Kini, menurut Tempo, urusan mengganti barangan jemaah yang hilang tidak lagi menggunakan duit peribadi pengurus.

“Uniknya, laporan berkaitan kehilangan juga kini semakin berkurang. Entah kerana kesedaran atau sebab lain, jemaah Masjid Jogokariyan semakin berasa tenang ketika beribadah,” katanya.

Beliau menambah, demi menjaga keamanan masjid, beberapa kamera litar tertutup (CCTV) turut dipasang di sekitar pekarangan tersebut terutama sekali di tempat letak kenderaan.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa