Masjid di Bahrain dibuka semula untuk solat Zuhur mulai 1 Nov
Masjid-masjid di Bahrain akan dibuka semula untuk solat Zuhur mulai 1 November, menurut Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam (SCIA).
(Gambar: Bernama)
MANAMA: Masjid-masjid di Bahrain akan dibuka semula untuk solat Zuhur mulai 1 November, menurut Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam (SCIA).
Keputusan itu, berdasarkan persetujuan Pasukan Petugas Nasional Memerangi Virus Korona (COVID-19) Nasional, bermaksud masjid-masjid di Bahrain akan dibuka kepada jemaah untuk solat Subuh dan Zuhur, lapor agensi berita Bahrain (BNA).
Langkah berjaga-jaga akan dilaksanakan untuk menjaga keselamatan jemaah semasa solat dua waktu itu, menurut SCIA.
Solat jemaah dan solat Jumaat digantung di Bahrain pada 28 Mac setelah masjid-masjid ditutup untuk mengurangkan penyebaran COVID-19.
Solat Subuh dibenarkan pada 28 Ogos sebagai langkah pertama pembukaan semula masjid secara beransur-ansur serta penyambungan semula ibadah berjemaah dan perhimpunan berbentuk keagamaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.