Masjid berusia 900 tahun di Jeddah bakal dibaik pulih
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: SPA
RIYADH: Masjid Abu Inbeh di Jeddah dipilih untuk menjalani kerja-kerja baik pulih di bawah fasa kedua Projek Pembangunan Masjid Bersejarah Putera Mohammed Bin Salman.
Fasa pertama telah menyaksikan 30 masjid diubah suai di 10 wilayah seluruh negara.
Projek Putera Mahkota itu akan menyaksikan kira-kira 130 masjid dipulihkan, dalam usaha melestarikan tapak bersejarah dengan peranan asalnya.
Demikian lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Bagi Masjid Abu Inbeh, yang sudah berusia lebih 900 tahun di Harat Al-Sham itu, kerja-kerja yang dijalankan bertujuan untuk melindungi masjid itu dengan memanjangkan jangka hayat serta mengekalkan seni binanya yang telah terjejas akibat perubahan iklim sejak berabad-abad yang lalu.
Selepas kerja-kerja pengubahsuaian,keluasannya dijangka berubah ke 335.31 meter persegi berbanding 339.98 meter persegi sekarang. Ia akan mampu memuatkan 357 jemaah.
Dengan matlamat menyerlahkan budaya Arab Saudi yang kaya,projek tersebut memulihara masjid bersejarah untuk ibadat serta solat, mengekalkan ciri asal masjid bersejarah dalam masa sama meningkatkan status agama serta budaya.
Projek Putera Mohammed Bin Salman bertujuan mencapai keseimbangan antara piawaian pembangunan moden dan purba dengan masjid-masjid dibaik pulih dan diperbaharui menggunakan bahan-bahan bermutu sambil mengekalkan ciri sejarahnya.
Projek itu juga adalah sebahagian daripada rancangan Wawasan 2030 bagi memulihara warisan negara, sambil menggunakan struktur purba tersebut untuk memberi inspirasi kepada reka bentuk masjid baru.
Masjid Abu Inbeh adalah satu daripada 30 masjid yang akan dibaik pulih di bawah projek itu dalam kesemua 13 wilayah Arab Saudi.
Ini termasuk enam masjid di Riyadh, lima di Makkah, empat di Madinah, tiga di Asir, dua setiap satu di wilayah Timur, Al-Joufm dan Jazan, dan satu masjid di setiap satu Wilayah Sempadan Utara, Tabuk, Al-Baha, Najran, Hail, dan Al-Qassim.

Sumber : AGENCIES/HY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.