Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjid 'bergerak' bakal sambut pengunjung Muslim ke Jepun

Bahagian belakang trak seberat 25-tan itu boleh diubah suai menjadi seganda lebih besar daripada saiz asalnya, dan berupaya menempatkan 50 jemaah di dalamnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid 'bergerak' bakal sambut pengunjung Muslim ke Jepun

'Mobile Mosque' atau masjid mudah alih yang boleh dimanfaatkan pengunjung di Temasya Olimpik Tokyo 2020 (Gambar: AP)

Diterbitkan : 04 Aug 2018 11:46PM Dikemas Kini : 04 Aug 2018 11:53PM

TOKYO: Di luar sebuah stadium di tengah Tokyo, sebuah trak besar berwarna putih biru berhenti, dan secara perlahan berubah menjadi tempat menunaikan solat.

Inilah 'Mobile Mosque' atau masjid bergerak.

Sedang persiapan menyambut kedatangan pengunjung dari seantero dunia bagi temasya Olimpik 2020, sedang giat dijalankan, sebuah syarikat acara sukan dan kebudayaan di Tokyo menghasilkan masjid mudah alih yang diharap dapat meningkatkan keselesaan pengunjung Muslim.

Ketua pegawai eksekutif Yasu Project, Yasuharu Inoue berkata kemungkinan ada kekurangan masjid bagi pengunjung Muslim pada 2020 adalah sesuatu yang membimbangkan bagi sebuah negara yang menganggap dirinya sebagai sebahagian daripada masyarakat antarabangsa.

'Mobile Mosque' ciptaannya boleh bergerak ke pelbagai lokasi Olimpik yang berbeza-beza mengikut keperluan.

“Sebagai negara yang terbuka dan ramah, kami ingin berkongsi idea ‘omotenashi’ (hospitaliti Jepun) dengan orang Islam,” katanya dalam satu temuramah baru-baru ini.

Model bentuk 'Mobile Mosque' yang boleh dimanfaatkan pengunjung Muslim ke Olimpik Tokyo 2020 (Gambar: AP)

Bahagian belakang trak seberat 25-tan itu boleh diubah suai menjadi seganda lebih besar daripada saiz asalnya, dan berupaya menempatkan 50 jemaah di dalamnya.

Pengunjung Muslim boleh bersembahyang di dalam masjid tersebut, yang dilengkapi kemudahan mengambil wudhu.

“Saya pasti berasa gembira sekiranya rakyat Indonesia, Malaysia, Afrika, Asia Barat serta pelarian dari Syria dapat menggunakan masjid ini sebagai satu usaha mempromosikan keamanan dunia,” katanya. 

Sumber : AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan