Skip to main content

Dunia

Masjid Al-Aqsa nyaris kosong semasa solat Jumaat akibat sekatan Israel

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Al-Aqsa nyaris kosong semasa solat Jumaat akibat sekatan Israel

Rakyat Palestin terpaksa solat Jumaat di jalanan berdekatan dengan kejiranan Ras al-Amud pada Jumaat (2 Feb) sedang Israel perketat akses ke Masjid Al-Aqsa. (Gambar: AHMAD GHARABLI / AFP)

BAIKTULMAKDIS: Masjid Al-Aqsa nyaris kosong pada Jumaat ke-17 sejak tercetusnya perang di Gaza.

Ini disebabkan sekatan Israel yang melarang puluhan ribu umat Islam Palestin mendirikan solat Jumaat di sana.

Sebelum ini, seramai 13,000 orang diizinkan memasuki masjid tersebut untuk melaksanakan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, berbanding 50,000 pada asalnya, menurut pejabat Jabatan Wakaf Islam di Baiktulmakdis.

Para saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa masjid tersebut kelihatan nyaris kosong daripada umat Islam disebabkan sekatan oleh Israel.

Selain itu, polis telah melaksanakan sekatan untuk memasuki Masjid Al-Aqsa sejak bermulanya perang di Gaza pada 7 Oktober lalu, namun mereka secara ketat melarang masuk pada Jumat.

Polis Israel memasang penghadang di pintu masuk ke Kota Lama dan gerbang-gerbang lain Masjid Al-Aqsa dan hanya mengizinkan warga lanjut usia untuk masuk. Pembatasan oleh Israel itu memaksa ratusan umat melaksanakan ibadah di jalan-jalan dekat Kota Lama.

Menurut saksi, polis Israel mengerahkan jumlah yang besar pasukannya ke tempat-tempat ibadat.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita